Record Details

Pengaplikasian Kaedah Hadith Al-Mawdu‘iy Dalam Penyelidikan Berkaitan Islam

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)

View Archive Info
 
 
Field Value
 
Title Pengaplikasian Kaedah Hadith Al-Mawdu‘iy Dalam Penyelidikan Berkaitan Islam
 
Creator Hanapi, Mohd Shukri
Wan Mokthar, Wan Khairul Aiman
 
Description Terdapat pelbagai penyelidikan yang telah dilakukan oleh para ilmuwan Islam, terutamanya ilmuwan Islam silam berhubung bidang-bidang yang mereka terokai seperti bidang akidah, fiqh, tasawuf, tafsir, hadith, falak, falsafah dan sebagainya. Dalam menerokai bidang-bidang tersebut, mereka menggunakan pelbagai kaedah penyelidikan. Namun, kebanyakan kaedah penyelidikan itu masih belum dikaji orang untuk diaplikasikan sebagai kaedah penyelidikan Islam. Atas sebab itulah kajian ini bertujuan mengkaji salah satu kaedah penyelidikan yang digunakan oleh para ulama Islam silam, iaitu kaedah hadith al-mawdu‘iy. Persoalannya, apakah kaedah hadith al-mawdu‘iy itu? Bagaimanakah kaedah tersebut dapat diaplikasikan dalam sesuatu penyelidikan berkaitan Islam? Untuk menjawab semua persoalan ini, perbincangan dalam kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian utama. Pertama, mengenal pasti kaedah hadith al-mawdu‘iy yang digunakan oleh muhaddithin dalam menghuraikan hadith-hadith Rasulullah SAW; dan kedua, menganalisis kesesuaian pengaplikasian kaedah hadith al- mawdu‘iy tersebut dalam sesuatu penyelidikan berkaitan Islam. Sebagai hasilnya, kajian kualitatif ini mendapati kaedah hadith al-mawdu‘iy sesuai diaplikasikan dalam penyelidikan berkaitan Islam. Kesesuaian ini berdasarkan dua aspek iaitu aspek penarafan sumber data dan aspek penganalisisan data.
 
Publisher Secholian Publication
 
Date 2016-06-22
 
Type info:eu-repo/semantics/article
info:eu-repo/semantics/publishedVersion
Peer-reviewed Article
 
Format application/pdf
 
Identifier https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/23
10.47405/mjssh.v1i3.23
 
Source Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH); Vol 1 No 3 (2016); 132 - 142
2504-8562
 
Language eng
 
Relation https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/23/23
 
Rights Copyright (c) 2016 Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
 

About OHS

Powered by OHS, The Open Harvester Systems is a free metadata indexing system developed by the Public Knowledge Project through its federally funded efforts to expand and improve access to research.

OHS allows you to create a searchable index of the metadata from Open Archives Initiative (OAI)-compliant archives, such as sites using Open Journal Systems (OJS) or Open Conference Systems (OCS).

Find Us

Contact Us

Sarana Ilmu Indonesia (Salnesia)